Ziana Zain dilahirkan 2 Mei 1968, pada pukul 10.30 malam di Kg Simpang Merlimau, Melaka. Dinamakan Siti Roziana bt Zain. Panggilan utamanya di rumah, Rozi tapi ada juga kalangan saudara dan kenalan yang memanggilnya Ogee, Adik or Siti. Anak kepada Puan Robiah Abdul dan anggota polis (kini pesara) Zain Abdullah , Ziana merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik. Berperangai agak lasak ketika zaman kecilnya di Kg Melayu, Subang sebelum berpindah mengikut keluarga ke Shah Alam ketika berada di tingkatan 4.  Hobinya, selain menyanyi (for surelah..kan), memasak. Ziana diasuh untuk turut turun ke dapur sejak bersekolah rendah lagi.
Kegemaran:
Makanan: sambal tumis dan masak lemak cili padi. Kuih raya: kuih makmur.
seleranya umum, menyukai:-
kucing sebagai haiwan peliharaan
bunga mawar dan
warna hijau sebagai bunga dan warna kegemaran.
Hiburan? Whitney Houston, Anita Baker , P Ramlee, Normadiah, Julia Roberts, all P. Ramlee films as her fav penyanyi, pelakon dan filem
Sekarang, go-kart menjadi kegiatan masa lapang terbaru.

Ziana mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Sek Men Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Merupakan salah seorang pelajar yang aktif di sekolahnya. Penglibatan utama ketika itu adalah dalam bidang sukan termasuk lumba lari, bola jaring dan juga lompat tinggi. Sebagai seorang pelajar yang turut mempunyai bakat di dalam bidang nyanyian, Ziana tidak ketinggalan menyertai 'Talentime' di sekolahnya. Selainnya, Ziana turut terlibat di dalam beberapa aktiviti lain dan pernah mewakili negeri Selangor di dalam pertandingan Tilawah Al-Quran MSSM peringkat kebangsaan di mana dia meraih tempat ke-3. (Cam tak caya je, but I guess that's answer such pronounciation in her song, eh!)
Cita-cita asalnya jurutera or pilot, tapi tentunya bakat nyanyian lebih menyerlah.


Sebelum dilingkari dunia 'glamour', Ziana terlebih dahulu merasai pengalaman bekerja dalam beberapa profesion. Kerja pertamanya sebaik sahaja menghabiskan pendidikan sekolah menengah ialah sebagai tukang masak kantin kerana kemahiran memasak. Kemudian, beralih ke kilang JVC Shah Alam sebagai operator pengeluaran selama 7 bulan. Selepasnya, Ziana bekerja pula sebagai juruwang di Hotel Holiday Inn Shah Alam sebelum menjadi pramugari MAS selama dua tahun. Meletakkan jawatan di MAS untuk menumpukan separuh perhatian dalam bidang seni kegemarannya.

Ziana bukan berasal dari keluarga seni, tetapi adiknya Shahrul Anuar merupakan penyanyi yang pernah terkenal di zaman kecilnya dengan lagu Kain Pelikat berduet dengan Ellina. Permulaannya agak lewat, hanya selepas kemunculan adiknya. Penglibatan di dalam bidang seni pada awalnya hanyalah di dalam bidang nyanyian. Ziana pernah menyertai beberapa pertandingan di kawasan berdekatan, selain dari di sekolah. Ziana merupakan juara Selangor Star 1984 ketika masih berusia 16 tahun. Tentangan awal dari bapanya mula hilang ketika dia dipilih menjadi penyanyi utama Kombo PDRM di tempat bapanya bekerja. Ziana pernah merakamkan album Ibarat Lilin sepanjang terbabit selama 4 tahun dengan kombo ini.
Tawaran pertama untuk menjadi artis rakaman datang dari Rahim Othman yang ketika itu bernaung di bawah syarikat Rahim Othman Production(ROP). Bagaimanapun, di atas beberapa masalah teknikal, rakamannya terbengkalai begitu sahaja. Ketika menjawat jawatan pramugari MAS, sekali lagi tawaran lain datang dari Aziz Bakar, pengarah BMG Music. Tawaran tersebut Ziana terima dan bermulalah episod barunya sebagai penyanyi rakaman.
KELUARGA BAHAGIA ZIANA

  • Ibu : Robiah Abdul
  • Bapa : Zain Abdullah
  • Adik :
    -Shahrul Anuar : Perkembangan terbaru Anuar
    -Siti Salwani
    -(lagi dua org tak tahu,sorry ye)

    Suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri
    Brief biografi:~
    Kerjaya Tetap : Ketua Pramugara MAS
    Umur : 33 tahun
    Asal : Lahir di Bentong, menetap di Raub,Pahang
    Sambilan : Pelajar luar kampus
    Ijazah Korporat ITM Shah Alam